betul kan ni :)



hye, assalamualaikum!

Perempuan yang banyak cakap and banyak gelak. Adalah perempuan yang pendiam bila ada masalah. Dan banyak menangis , dalam diam.

souvenir ohh souvenir


hye, assalamualaikum!

kringg kringgg, ny nak smbung lagi ni. hihi. biase lah bila da sign in rase nye tak sah kalau tak update sbb kalau tak nty timbul pulak perasaan malas nak jenguk blog. so, sementara mood tengah rajin ni, haa amik kau. banyak la post yang aku update ni. hihihi.

kalau post yang lepas aku dok cerita pasal jalan jalan jalan. tapi rase nye post yang kali ni tak kot but it still at the same place. haa, nak cerita souvenir dr sana pulak. yela, member2 semua bawak souvenir dr oversea. yang aku ni just souvenir seberang tambak je. hahaha. alah, tak kesah pun. yang penting ini hati manyak puas ohhh.

okay, sebelum tu. ni lah rumah atok aku yang baru. untung lah dapat rumah baru atok. view cntik lagi. mana tak nya, tingkat 20 tuu. mana tak nmpak semua. serious aku cakap, bila malam lagi best sbb time tidur dapat tengok bintang dekat luar. bintang pun skodeng aku tidur aww. jelous tak :P

 
kalau yang td view waktu malam, haa yang ni view waktu pagi. still fresh okey. cantik kan ciptaan tuhan ni . aww, melting :)

opss sebelum itu, ini bukan lah aku punya seorang. tapi ni aku and mak yg punya. kami berkongsi okey. kalau masuk singapor tak sah kalau tak pergi kedai kasut rubi. mana tak nya, nampak je kami beli bnyak. cube tnya harga dye. sngat lah murah. so, kalau pergi sana better jgn lepaskan peluang pergi kedai kasut ni.

cop2, beats yang merah tu adik i punya okay. i just dapat yg kuning tu je. yela, present budak gemuk tu sbb dpt result yg bgus la kan. btw, thanks for myuncle. i love you :)

yang ni pun pakcik aku yang belanja. mula2 time dye offer serious tak berapa kenal jenama ni. maklumlah, lidah belacan kan. tapi bila tengok harga dye, omg! its amazing. so, bila orng da offer, grab jela kan. hihi.

yang ni baru betul souvenir dri USS. macam aku kat, tak sah kalau pergi tak beli apa2. kalau beli boleh la buat kenang-kenangan. ye tak :)

and last, cotton on. yup, aku twu kat sini ade. tapi kan, aku btter beli dkt sngapor sbb pd aku harga dye jauh lebih murah dr sni. tak percaya, pergi ler ^^,

bila cuti..

hye, assalamualaikum!
fuhh fuhhh, lama gila-gila aku tak update blog ni. see, smpai berhabuk bersarang bersemut blog aku ni. haishh, kesian nya diaa. hihi. bukan sengaja pun. busy nye pun aku ni sebab nak exam. lg satu aku ni ade satu habit iaitu pemalas. haha. mula2 excited then klama2 malas. haaa, macam gini lah. 
 
so, back to story. cuti 2 minggu tuari tak pegi mana pun. member2 semua pergi oversea, yg aku ni hadoiyaii pegi seberang tambak je. balik mana? balik rumah atok jugak :) cucu yang baik ni. 4 hari je pun dekat sane. tapi 4 hari kami sekeluarga sngat berbaloi-baloi. haha. 4 hari suntuk berjalan je kerja. tapi yang paling best of course lah pegi USS! finally dapat jugak aku pergi sini. *jakun* haha :p tersngat2 happy. haa, so hnya gmba jelah yg boleh oden tnjuk. nak belanja mahal nohh. tengok gmba je ea ea :)



pegi sana naik train. then tengah syok2 bebual ternampak pulak mr.merlion ni. haishh. just tengok jela yg boleh. hi mr.merlion ;)


tadaaa! here we are. yeyyy. finally dapat jugak aku jejak kan kaki kat sini. fine, lagi sekali *jakun*


haaa, masuk2 ade woddy woodpecker sambut kami. awww, terharu ni. dah la mereka ni comel. gebu lagi you. hewhew.

haaa, ni lagi satu. boleh tak nanti bila aku kahwin aku pinjam kereta nii. aww best nyaa * ayat gatal*


serious, memang sangat best. and kami berdua pun best sebab kene kan mak aku yang sngat takut nak naik roller coster *betul ke eja ni* kat dalam mummy ni. tapi apa kan daya bila dia tertipu. memang padan muka lah. smpai nak tertanggal snow cap tu :D

tweet, congrats dekat diri aku dgn adik aku sbb berjaya khatamkan dua2 rooler coster ni. awww, memang teramat cool. boleh mati dekat atas tu. kuikuikui

yeyy, kat dalam sini pulak memang laa, haishh memang laa. memang laa. tak tahu nak ckp macam mana. bak kata ibu, "eeee, shrek tu kencing kan kita lah" haha. 

see, yang sangat buat aku terkata wowww, bila nampak fav aku kat sini. woowww woowww.

seriously, kat sini mmg banyak gilors barang yang cantik2 and yang patot dibeli. rugi sape yang pergi tak beli apa2. tapi agak bergigil lah bila tenggok harga nya. hhihi

senang cerita, tak rugi la kalau pergi USS ni. even bayar mahal pun tapi kita dapat ape yg kita nak dkt situ. main pun puas, bergambar jangan cerita lah. lagi best bila dekat sne dye siap sediakan pekrja untuk amik gmbar kita satu fmly dgn just guna camera kita je. hihi. okay, sepanjang aku kat singapor mmg sngat best and puas mematah kan kaki berjalan. lg2 rumah baru atok dekat dengan shopping center. awww, mmg lagi la. bukak mate je terus hilang. asal hilang je mesti time bukak mata. hihihi.



belanja sakan ke ni?

hye, assalamualaikum!
tadi pergi singapor sekejap. balik hari je kot. tujuan utama ialah untuk membeli barang pengantin. tapi ni lah hasilnya. inilah yang aku dapat. sorry, sye tidak berapa boros okayy. tapi sebab dye murah. kuikuikui
 alahaiii, bath items ini sngat comle. lonely toones beb. hahaa. macam baby2 la puler. okayy, fyi, fmly aku mmg suke pakai bath items ala2 baby nii. hehe

 okayy, yang candy ni seriously mmg sngat rambang mata. memang keje aku bila masuk sngapor je wajib memborong candy. alasannya, kat sane lagi murah. heheee

mini oreo! bfore this tak pernah tengok langsung mini oreo ni. tu yang bile nampak cepat2 grab dye. comel gila boleh. skali masuk je dekat mulut. oummmmm :)

hari ni kan..

hye, assalamualaikum!
hari ni kan, kite dapat kelua dengan boypren kite. haha. last date bfore dye balik ledang. so, time ny la aku nak lepaskan rindu sepuas puasnya. act, double date sebab cik dyana and boypren dye join skali. thanks sebab memeriahkan lg suasana hari ini. ceh wahh. haha. haaa, nak cite ny. tadi teruja gilors bila dapat tengok titanic 3d ni. even sebelom ny da berpuluh kali tengok but still ta membosankan. 3d kan, of course mcm real. lagi2 bila cik buahati ade kat sebelah. lagi la best. fine, aku nak ckp lg satu yg badan aku dah setengah beku bila tengok movie nii. heheee


awak2, saya tak kan lupe peristiwa tadi. the most interesting thats i hve done. memang sweet awak. ingt tak? "you trust me?"
"i trust you"
=)


haaa, thanks pasal double date hri ni. mereka sngat sweet. hihi

masa untuk melepaskan rindu ^^,

hye, assalamualaikum!
yowww yowww. hari ny cek nak habak mai yang cek sangat2 happy yahooo yahooo sebab dapat kelua dengan cik buahati setelah bebulan tak jumpa. yesssss! saya sangat happy ni lagi2 bila cik buahati bwk akak dye skali dan aku bwk adik aku skali. wahhhh, care tak date kami ni. da mcam sibling day out daa. act, mmg da lame nak kelua dengan kakak dye and lastt, dapat juaaa. tapi mybe hari ni last kami jumpa even cik buahati cuti seminggu pun tapi aku kan sekolah. so, mana sempat nak kelua. budak sekolah la katekan. alahai~ sedihh nya sebab jumaat dye da balik. haishhhh sekejap happy sekejap sedih minah nii. tak paham betoiiii. hahahaa. tadi ade jugak amik beberapa gambar gituu.

after a few month tak jumpa. haaaaa. i love you biee ^^,

 bila mereka berdua jalan sesame, sebijik macam couple aku tengok. hahaha

 at the left, he my bodyguard :)

 tengok ni, siap posing segala. padahal baru first time kelua sesame nii. hewhewhew =)

haaa, td kitorng tengok cerite ni laa. Wrath Of The Titans. mula2 taknak tengok tapi bila da tengok serious nak tengok lagi. besttt gilakk :)

it's a great moments.

hye, assalamualaikum!




haaaaa ni diaa.semalam dapat keluar dengan minah2 ni. haishhhh. nama je soulmate tapi nak keluar nya. sesahss gilorss. almaklumlah, mereka mana la boley kelua sebarangan. ni pun nasib baik kakak jiha ade. dye yang jadi driver kitornag. thanks kak dayah. semalam kitorang telah mematahkan kaki berjalan di persada. sebab kat sane ade jom masuk u. act, nak kelua dengan tuan2 puteri ni bukan nye senang. kitorng plan dari bulan 2 kot. baru la dapat kelua same2. tu pun ade je problem last mnit. nasib baik dapat diatsi dengan baik.perhhhhh.just nak cakp semalam dekat pesada ramai nya makhluk allah. macam semut nak masuk situ. macam2 bau. macam2 ragam. dari pkol 11 lebih sampai lah pkol 3 baru kitorng balik. kat dalam tu tak sdar pun da petang. macam2 kitorng rembat. maklumlah, brng free. ye tak kak dayah. nasib baik ade geng. hehee

 sempat lagi nak bergambar ni. biaselahh. jrang jumpe dekat lua la katekan. hihi. lepas je kitorng patahkan kaki. kak dayah ajak makan lagi sekali dekt LC catering. semalam makan kat situ. hri ni pun makan lagi. tapi tak pe. nasi ayam penyet dye mmg terbaik plus dengan hrge dye yg murah tuu. hehe






seee! betape bersih nya set aku nii. :)

thanks cikguu. :D

hye, assalamualaikum!
hari jumaat petang tuari. cikgu kami offer untuk belanja kami nykru sidang redaksi makan. perhhhh, sape yang tak happy bila ade orang nak belanja makan. ye takk. act, ny sebagai ganjaran sebab kami ni da berjaya siapkan majalah sekolah dengan gemilangnyaaa. cehwah!.




 thank you cikgu. hope this year boleh makan free lagi. btw, best gile kerje dengan dyorng ni.hihii

dia Mr.Ell saya ^^,

hye, assalamualaikum!
haaa, ni dia mr.ell saya. aalaaaa, beli dekat ayer htam je tuari. masuk kedai tu terus grab teddy ny. tepikat tengok belalai dye yang panjang tuu. boleh peluk2. hihiiii.
i love you mr.ell =')

awak awak! sesooori :)

hye, assalamualaikum!
 
Here, im very proud to say HAPPY MONTHLY ANNIVERSARY♥♥♥
and!
sorry sebab lambat wish. saya terlupa sangat2 biee. nasib baik biee call ingatkan saya. im so soorii. mintak ampun bnyak2. =) Thanks for being my yayangg for 1 year and 4 months. i really appreciate it biee.
lastlyy, i love you biee. and miss you much !

♥happy monthly anniversary biee♥

EMERGENCY ke? =p

hye, assalamualaikum!
huhhhhh, panjang entry nii tau. so sebelum baca baik tarik nafas dalam2 okay puan2 tuan2 sekalian. fuhhhhh. tadi pagi kan kan aku terpaksa and dipaksa untuk pergi sekolah lambat. u know why? haishhhh tengok and hayati gambar dibawah ini ye :)

yess, saya tahu lah ini mangga kann. sebab dia nila. keran benda alah ni. berpuncakan oleh dia. benci benci benci. ahakss. tadi pagi time semua da get ready nak pergi sekolah boleh pulak mangga ni tak boleh bukak. haishhhh. sorry, bukan kunci nya hilang hokeyy. tetapi! mangga  ni mmg tidak loose even kunci nya telah pun dipusingkan. haishhhh. kitorng pun panik gilers2 uolssss. mana tak nya, satu family terkunci. hihiii. buat malu je. dengan jam nya da pukul 7 lebih lagi. patotnya time gini aku da sedap2 dekat sekolah da. then call jiran suruh try pecahkan mangga ni, pun tak boleh. haiyoyoo. so, disebabkan kami sekeluarga stuck dekat dalam rumah, keputusan muktamad , call abg bommbaa. wahhhhhh. nasib baik cepat mereka datang. tapi tetapi tapi. adakah patut disebabkan sejibik mangga ny mereka datang naik trak bombaa. ohh no. siap bunyi ni not ni nott lagi. macam la rumah aku terbakar. buat gempak satu taman je pagi2. tak sia2 jiran2 semua datang mcm ade konsert pulak dekat rumah aku ni. dah la buat gempak. yang datang nya pulak smpai 8 orang. hatoitoii. tak kesah lah. yang penting da selamat da pun mangga nyee. fobia dah nak log rumah, sebab semalam yang log rumah ialah saya =) *big smiles please*

see, calar balar dinding rumah aku ni. kesian tengok abg bomba tu buat kerja smpaikan tngan dye sendiri yang tersepit. haha. padan muke :P hihiii. and yang tak boleh blah bila dye ckp dgn mak aku yang mak aku tu cikgu and dah lambat nak pergi mengajar. yang mak aku pun main layan je. haishhh. sejak bila lah aku ada mak cikgu ni =)
apa-apa pun. thank you abg bommmba. hikhokk

HORREYYY!

hye, assalamualaikum!
HYE! i was a SPM candidates who just finished answering a monthly test =)
BUT im not free yet. thank you ^^,

hot glue gun. haipppp!

hye, assalamualaikum!
wahhh wahhh. see! ade satu tompok pink la dekat jari aku tu. korang ade. hikhokk. ny semua gara2 hot glue gun punya pasal. entah macam mana time buat handmade boleh terjadi peristiwa sadis ini. cehwah. hehe. act, time kene mmg menjerit la satu rumah. and mula2  jari nya tidak ada la comot sebegini. bila malam terus jadi macam ni. haishhhhh. pedih nye. tuhan jela yang tahu. hihii. hot glue gun sayang. please be nice okayy. jangan makan tuan awak ni lagi. sekarang nak tulis da tak boleh.haishhhhh.

HAPPY BIRTHDAYY Sayanggg!

hye, assalamualaikum!
Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to aiman,
Happy birthday to youuu.

19/2/2012 genap tau umor budak comel ni 12 tahunn. haishhhh da besor seyy budak nii. dye ni satu2 je adik aku. tu yang tadi ajak dye jalan2 dekat jusco tebrau. layan kan kerenah dye. kesian aku dengan mak aku. nak patah kaki ni dok jalan ajee. tapi ape bolah buat. syang punya pasal kann.

 pening sngat nak pilih makan dekat mana. last2 masuk je the chicken rice shop ni. nasib baik sedap :)

 fine, aku sngat jelous dekat adik aku sebab dapat cupcake yang comel loteh ni. haishhh.


 tengok tu. bila mak da melekat dengan hero dye. anak yang lagi sorang diabaikan . hihihii


 act, yang pilih bende alah dekat mulot adik aku tu aku sebab aku tengok macam pelik je. first2 ingat kan lolipop. rupa2 nye. dye macam cake yg salut coklet. mmg sedap. hewhewww

haaaa, tengok ni. trey yang bawah sekali tu adik aku punya. yang second tu baru aku punya. dye punya bnyak and aku punya sikit. alasan nya. hari ni kan birthday dye. haishhh. sabar jela. hahahaa